LiFe aFteR mArr|aGE

20/12/2010

The Real Life

Filed under: life — rajazrin @ 9:56 AM

Yuhhuuu..lame tol x menjenguk kat blog aku nih.Jap nak sapu sawang2 yg byk nih..Ok dah..hehe..

Sejak berpindah ke tempat kerja baru nih, begitu banyak pula kerja yang harus aku pikul.Adakalanya agak stress juga tapi di saat keadaan aku yang sedang ‘membawak’ nih, aku harus sentiasa hadapi semua tugasan itu dengan senyuman.Tak kiralah seberat mane pon tugasan yang diberikan, aku harus kuatkan semangat dan jauhi diriku dari stress kerna stress itu tidak bagus utk baby.Nanti baby turut mendapat tempiasnya.huhu..

Walaupon baru lagi aku menjejakkan kaki ke tempat kerja baru ku ini, aku telah pun diberikan begitu banyak tugasan yang kesemuanya harus dilakukan dengan kadar yang segera. Mujurlah aku masih gagah dengan keadaan aku yang sudah hampir menjangkau 7 bulan ini. Kadang2 di sebabkan nak cepat, sampaikan aku berlari2.Lupa pulak yang diri sedang mengandung.haha..Namun alhamdulillah..berkat tunjuk ajar dari bos dan senior staf sini, sedikit sebanyak aku dapat menyiapkan tugasan yang diberikan.

Kini, sudah hampir 2 bulan aku menjalankan tugas di sini.Aku seronok dengan suasana kerja yang baru, rakan sekerja baru dan tugas juga baru.Masih banyak lagi perkara yang perlu aku pelajari sepanjang aku berada di sini. Disebabkan itu jugalah, beberapa kali aku terpaksa menangguhkan hasrat hatiku untuk pulang ke kampung halaman tercinta.sob sob..sedeh woo..Niat di hati nak balik minggu nih, tapi pendaftaran pelajar baru akan bermula pada minggu hadapan pula.Aku kene standby di tempat kejadian atas arahan bos.Nak x nak, kene lah juga laksanakan.=( Agak susah jugak nak apply cuti saat ini kerna ada sahaja tugasan yang menanti.Ntah bila aku boleh cuti pon x tau lah nih.Rindu pada masakan bonda tercinta.hukhuk..Inilah yang dinamakan ‘THE REAL LIFE’.Mujur suamiku ada di sisi.Tidaklah rasa sedih sgt.

Walauapapun, aku harus hadapi jua semua ini dengan hati yang tabah.Ini pilihan aku dan inilah hidup aku. Tiada yang terbaik selain dari nikmat yang telah diberikan olehNya buat aku.Insyaallah Allah sentiasa membantu hamba2Nya yang memerlukan.Only keep smiling..=)

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Theme: Banana Smoothie. Blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.